Thursday, 30 January 2014

ESP - soya bukan sebarang soya!!!


ESP?? tak pernah dengar..apa tu??
ESP...?? Pernah dengar tapi tak pasti untuk apa?
ESP...tahu dan memang amalkan...

Haaa...tiga senario berbeza kan...so untuk yang tak pernah dengar atau pernah dengar tapi tak pasti amendeeee ESP tu..moh saya kongsikan seringkas yang mungkin ye...


ESP adalah ENERGIZING SOY PROTEIN.

Sebab utama ESP tersangatla popular dan produk yang paling laris ialah.......kerana ESP membekalkan sumber protein. Semua tau kan badan kita perlukan sumber protein dan protein boleh diperolehi dari ayam, ikan, daging dan beberapa makhluk Tuhan (paling seksi yang lain)..

Tapi ada pulak yang bertanya..kenapa hari-hari aku makan protein tapi kerap juga tak sihat. Tak cukup ke? Haaa....sebabnya...ikan, ayam, daging tu telah dimasak sebelum kita makan..(takkan nak makan yang mentah pulok kan??) Makanya...bila dah masak, dah kena panas api, sebahagian kandungan protein tersebut akan musnah dan baki yang tinggal tu tak cukup untuk badan kita.

Kalau tak cukup protein apa akan berlaku?

Individu yang kekurangan protein akan rasa / berisiko mengalami :
i. lemah, lesu, tak bermaya..akhirnya menggeletar.
ii. kolesterol tinggi, tekanan darah rendah..jadi pening.
iii. ulser perut + ulser usus
iv. luka lambat sembuh akhirnya berparut...badan perlukan protein untuk replenish sel-sel dalam badan
v.  penglihatan terganggu / lama kelamaan jadi kabur
vi. antibodi tak kuat...Bila kurang protein, badan tak boleh nak lawan penyakit yang dating

Kalau cukup protein pula?Macamana tau badan kita cukup protein? Kemusykilan di situ. Jadi "always play safe" ambil ESP ini sebagai pelengkap. No harm at all.


KEBAIKAN :  ESP SHAKLEE

Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant : ESP pulihara dan pelihara rahim kita.

Untuk wanita yang sedang pregnant  : ESP kuatkan Rahim dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.

Untuk wanita yang menyusu anak bertuah dan anak kesayangan : ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila kita cukup protein, means kita cukup tenaga. Susu pun berkhasiat.

Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.

Untuk sesiapa yang mahu kurus : ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan sokmo pun kurang.

Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat: ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, insyaAllah.

Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri gitu. Bila dah cantik, tak perlu la nak tepek makeup tebal-tebal kan. Natural Beauty you!

Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah. Lapar dan dahaga tu biasa la, itu dugaan tuhan bagi sebagai ujian.


KEBURUKAN : ESP SHAKLEE

Kesan negatif nya berlaku bila kita beli tapi tak minum , tak amalkan, tak ikut arahan yang sepatutnya.   :)

Rugi nya...sedangkan mudah saja caranya. Bancuh 1 sudu besar dengan air kegemaran then siap untuk di minum. Bila semuanya tak, tak nampak hasil, kita jadi negative. Nak salahkan siapa...tak baik kan gitu.

So sekarang ni kita dah tau kebaikan ESP Shaklee dan untuk siapa. Kita dalam golongan yang mana ya? Kalau termasuk dalam golongan ingin mencuba....boleh saja.Tak memudaratkan pun.

credit to : kotakvitamin-saya


Jika anda berminat nak dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui : No tel : 0194554770 Email : Waniekamis1881@gmail.com Jika anda berminat untuk dapatkan side income melalui Shaklee, jom sertai kami.

Wednesday, 15 January 2014

Dia anugerah yang dinanti

Teringat saya cerita seorang sahabat lama. Masa tu beliau telah berkahwin lebih kurang 2 tahun. Ceritanya pada saya "Stress...ramai sangat yang prihatin dengan aku..masa bujang sibuk tanya bila nak kawen..bila dah kawen, tanya pulak bila nak dapat anak..kang kalo dah dpt anak lelaki tanya tak nak anak pompuan ke..pastu bila nak tambah lagi..haihhhh...bosan la aku..."

Anak kan anugerah Allah...lewat atau cepat, lelaki atau perempuan semuanya hadiah Allah untuk kita..kita hanya mampu berusaha dan berdoa. Kata saya pada sahabat pada masa itu "Mungkin Allah nak korang enjoy life berdua... sabar-sabar lah..."

Dalam entry lepas, saya ada berkongsi tips untuk hamil dengan cepat.. salah 1 tips tu pun ada menyatakan keperluan pengambilan multivitamin bagi membantu proses keseimbangan hormon, meningkatkan level kesuburan dan semestinya meninggikan peluang untuk hamil.
Apakah vitamin yang sesuai untuk masalah kesuburan. Boleh dijadikan sebagai rujukan kepada mereka yang memang merancang untuk mendapatkan cahaya mata atau pun yang masih tercari-cari apa vitamin yang sesuai . Sebagai panduan anda, berikut adalah vitamin/ supplemen/ pemakanan tambahan yang baik untuk kesuburan suami isteri.
1. Energizing Soy Protein (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.
2. Vita-Lea
Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatn diri dengan mengambil multivitamin ini.
3. Vitamin C
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dgn ovum.

4. B-Complex
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

*ESP, Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah vitamin asas, dan tunjang utama untuk kesihatan badan.
5. Vitamin E & Selenium
Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.
6. Zinc Complex
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

7. Alfalfa Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.
8. GLA Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

**pasangan suami isteri digalakkan bersama-sama mengamalkan pengambilan supplemen ini kerana kita tidak tahu siapa yang mempunyai masalah kesuburan.
Mungkin anda merasakan bahawa jumlah supplemen yang perlu diambil terlalu banyak sedangkan anda mempunyai kekangan bajet. Hubungi saya dan kita boleh berbincang mengenai supplemen minimum yang perlu diambil dan saya akan bantu anda. In Shaa Allah. Sesungguhnya kita hanya berusaha dan berdoa, Allah jua yang menentukan. Amin.





Jika anda berminat nak dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui : No tel : 0194554770 Email : Waniekamis1881@gmail.com Jika anda berminat untuk dapatkan side income melalui Shaklee, jom sertai kami.

Tuesday, 14 January 2014

SHAKLEE TAK HALAL???

Shaklee tak halal?????!!!!

Pandai je korang.... produk Shaklee ni dah 20 tahun bertapak kat Malaysia ni... lebih lama dari beberapa brand produk penjagaan kesihatan dan kecantikan lain.  Ia terbukti halal dan diakui oleh Islamic Services of America (ISA). ISA ini juga merupakan 1 badan persijilan halal yang disahkan oleh JAKIM.

Kalau tak yakin juga...sila CSI..cari bukti...boleh semak di www.isahalal.org  dan juga di website Shaklee (www.shaklee.com.my).  Pengesahan pengiktirafan ISA oleh JAKIM boleh dirujuk di http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf.  

Boleh juga rujuk http://www.anakkuwiraku.com/2010/09/shaklee-halal.html untuk pemahaman lanjut.

So..gunakan Shaklee tanpa was-was dan keraguan. Ianya halal, hijau, selamat, semulajadi dan berkesan, dengan izin Allah Taala. Sesungguhnya mencari yang halal itu fardhu.




Jika anda berminat nak dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui : No tel : 0194554770 Email : Waniekamis1881@gmail.com Jika anda berminat untuk dapatkan side income melalui Shaklee, jom sertai kami.

Tips untuk cepat hamil

Fuhh..fuhhh...tiup habuk sket..bersawang dah blog ni...haiihhh....(dush dush..pukul sket labah-labah yang membuat sawang ni..haha - salahkan labah-labah pulakkkk)

Kiri kanan kawan-kawan saya pregnant sekarang...terpanggil saya nak berkongsi info yang saya dapat hasil merayap di laman-laman web. Okeh..mari kita baca 11 tips untuk hamil dengan cepat..bagi yang berhajat nak cahaya mata tetapi belum berjaya walau sudah lama mencuba, pahamkan tips ni dan selamat beramal...

11 Tips untuk Hamil dengan Cepat (*dipetik dari alamhamil.com)

1. Fahami Bagaimana Kehamilan Terjadi


Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang ke dalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopia).  Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan.  Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor - faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa doktor anda

Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor.  Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil.  Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil.  Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG (hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopio anda tidak tersumbat.

3. Dapatkan berat badan yang ideal

Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan anda.  Kawal berat badan dan cuba kira BMI ( Body Mass Index) anda. Jika BMI anda 20-24 , maka ia menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui Waktu Subur Anda

Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil.  Hari subur boleh dikira dengan tepat sekiranya haid teratur.  Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda-tanda ovulasi seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut di tengah bulan.. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan seks yang lebih kerap

Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat.  Seks 3-4 kali seminggu disarankan dan pada hari-hari subur , berhubunganlah setiap hari.  Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada di atas ( missionary position ).  Posisi ini mungkin yang terbaik untuk memastikan penetrasi optimal di mana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik.  Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakkan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan kesuburan Suami

Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda berbincang dengan doktor.  Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

7. Mengambil MULTIVITAMIN

Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat.  Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma. (NANTI SAYA KONGSIKAN TENTANG SET KESUBURAN SHAKLEE YA..feel free to get in touch kalau anda nak tahu)
8.Bersenam secara rutin

Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil Makanan Yang Seimbang

Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil.  PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.  Berita baiknya dengan mengawal hanya diet, kebanyakan wanita PCOS dapat men teratur haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

  • Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat ( yang terdapat pada makanan segera)
  • Lebihkan protein dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
  • Makan makanan yang berfiber tinggi seperti sayuran dan whole grains seperti oats
  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi , mee, bihun dan sebagainya.
  • Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.
10. Kurangkan Tekanan
Life is stressful, memang tidak logik jika tiada tekanan dalam hidup ini.  Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan . Cuba lakukan aktiviti - aktiviti ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti :-
  • Memasak
  • Bersenam
  • Mendengar muzik
  • Membaca dan mendengar audiobooks
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
11. Jauhi dadah , merokok dan minuman keras

Merokok, menggunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan  risiko keguguran dan komplikasi kehamilan.  Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.




Jika anda berminat nak dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui : No tel : 0194554770 Email : Waniekamis1881@gmail.com Jika anda berminat untuk dapatkan side income melalui Shaklee, jom sertai kami.

Tuesday, 7 January 2014

Alfalfa merapatkan keintiman, menyemarakkan kasih sayang

Alfalfa- raja segala tumbuhan. 



Haaa..bukan suka suki je nak claim macam tu ye...kebaikan alfalfa tersangatla banyak antaranya :

*19 Khasiat ALFALFA* :

- Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
- Melegakan sakit sendi dan belakang.
- Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
- Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
- Memberi kelegaan semasa haid.
- Merawat arthitis
- Bagus untuk elergi dan ekzema
- Merawat asma
- Mencuci usus bagi membuang toksik
- Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkita dalam buah  

   pinggang
- Meneutralkan asid dalam badan
- Merawat masalah keputihan pada wanita
- Membesar dan menegangkan payudara
- Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri

- Memulihkan urat selepas bersalin
- Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
- Meningkatkan stamina seorang suami
- Melegakan sembelit
- Milk Booster bagi ibu menyusu




Hari ni jom kita semak  mengenai bagaimana alfalfa membantu mengikat kasih-sayang antara suami isteri..refer balik kat atas tu..yang saya telah bold tulisannya adalah khasiat-khasiat alfalfa kepada kewanitaan kita..

Saya pasti semua pun maklum bahwa kunci kebahagiaan hubungan suami isteri adalah nafkah zahir dan batin. Bila memperkatakan tentang nafkah batin, adakalanya 'perkara' yang sepatutnya membahagiakan pasangan suami isteri menjadi suatu 'perkara' yang rutin dan membosankan. Maka untuk mengelakkan hubungan suami isteri menjadi hambar dan timbul situasi yang tidak menyenangkan kelak, sebaiknya marilah kita usahakan sesuatu.

Antara yang boleh kita usahakan adalah menjaga "aset" kita sebaik mungkin, tingkatkan tenaga, hilangkan segala masalah keputihan, kuatkan lagi "grip", beri layanan yang power sehingga pasangan terkenang-kenangkan kita jerr dan sebagainya. 

Okeh??

Kenapa saya katakan alfalfa boleh membantu puan-puan para isteri sekalian dalam menjaga keharmonian rumah tangga dan menyemarakkan kasih-sayang??

1. Alfalfa mengandungi phytoestrogen yang menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip fatimah, yakni membantu dalam "hubungan" suami isteri (enhance libido) dan menguatkan kuasa "grip". Haa..kuasa tu korang...jangan gelak..korang cuba dulu..nanti korang tahu yang korang sebenarnya ada kuasa...hahahaha


2. Alfalfa membantu mengatasi masalah keputihan. Keputihan ini tidak boleh dipandang remeh ya..ada pelbagai peringkat keputihan, bermula dari yang biasa biasa aje sehingga yang luar biasa atau abnormal!! Keputihan abnormal bukan sahaja menjejaskan rutin harian dan hubungan kelamin, malah boleh merebak sehingga membawa maut ye..hmmmm


3. Alfalfa juga membantu membesarkan payudara..daripada pegi suntik hormon ke buat operation ke..or amik produk yang belum tentu kesahihan dan kebolehpercayaan, baik cuba alfalfa yang terbukti secara klinikal dan ternyata selamat. 



Okey...sampai di sini dulu..harap perkongsian ini memberi manfaat pada anda. Moga ketemu lagi...



p/s : Nak Alfalfa Compelx Shaklee dengan harga terjunam menjunam kebaboom?? contact saya...sure korang tak menyesal.








Jika anda berminat nak dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui : No tel : 0194554770 Email : waniekamis1881@gmail.com Jika anda berminat untuk dapatkan side income melalui Shaklee, jom sertai kami.

Alfalfa oh alfalfa..mari beli..harga runtuh!!!

Alfalfa, raja tumbuhan...1 produk 1001 kegunaan...mari beli...mari beli...harga runtuh sempena promosi beli 6 percuma 1..boleh beli alfalfa saje..or untuk pakej combo..tengah hot macam pisang panas ni uolss!!!




Jika anda berminat nak dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui : No tel : 0194554770 Email : Waniekamis1881@gmail.com Jika anda berminat untuk dapatkan side income melalui Shaklee, jom sertai kami.

Sunday, 5 January 2014

1001 tentang ALFALFA - PART 1





Tahukah anda yang Alfalfa ni mempunyai 1001 khasiat, dan disebabkan itu lah ia digelar raja segala tumbuhan??

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi Vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.

Kelebihan Alfafa Shaklee

Pastinya anda anda pernah mendengar atau terjumpa produk Alfafa di mana-mana supermarket/ drugstore/ farmasi. Tapi ianya tak sama dengan Alfalfa keluaran Shaklee , kerana ianya adalah alfalfa sprout (biji cambah) dan mungkin ditanam dengan kaedah yang tidak mementingkan teknologi hijau. Istimewanya Alfafa Shaklee, ianya diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia. Dan seperti produk-produk Shaklee yang lain, Alfafa juga TIDAK mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet tambahan.

Khasiat Alfafa Shaklee

·                     Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
·                     Melegakan sakit sendi dan belakang.
·                     Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
·                     Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
·                     Merawat arthitis
·                     Bagus untuk elergi dan ekzema
·                     Merawat athma
·                     Mencuci usus bagi membuang toksik
·                     Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
·                     Meneutralkan asid dalam badan
·                     Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita)
·                     Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita)
·                     Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita)
·                     Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita)
·                     Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
·                     Meningkatkan stamina seorang suami
·                     Melegakan sembelit
·                     Membuang angin dalam badan
·                     Milk booster
·                     Dan banyak lagi untuk disenaraikan…

credit to : http://pumpkins-boutique.blogspot.com


sms/WA saya di talian 0194554770 untuk pembelian pada harga istimewa!!!