Tuesday, 17 December 2013

GLA Complex bantu untuk HAMIL!


GLA Complex bantu untuk HAMIL!

Dipetik dari www.sihat2u.com. (Thanks to Sis Yusrina)

Selepas mendirikan rumahtangga, ramai pasangan yang mahu segera untuk menimang cahayamata. Ada yang bunting pelamin, ada yang bunting berbulan, ada juga yang bunting selepas bertahun mendirikan perkahwinan. Cepat atau lambat, ia merupakan rezeki dari Allah. Namun sebagai manusia, tidak salah untuk kita berusaha mencari kaedah yang sesuai dengan diri kita dan mendapatkan hasilnya.

Selepas setahun usia perkahwinan, biasanya saya menggalakkan rakan-rakan saya untuk melakukan pemerikasaan, bersama pasangan mereka. Selepas pemeriksaan, barulah hati jadi legakan. Kalau dah tiada masalah, kita usaha dengan cara lain. Kalau ada masalah, doktor akan bantu selesaikan dulu.Ada juga yang bertanya, ada tak produk Shaklee yang boleh bantu mereka untuk hamil?Saya kata, InsyaAllah ada. Namun, hasilnya masih jua dari yang berkuasa, hanya Allah yang akan tentukan sama ada berjaya atau tidak.


Ya, produk yang saya akan cadangkan ialah GLA Complex.GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.



Khasiat dan kebaikan GLA COMPLEX SHAKLEE :

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  •  Membantu meningkatkan kesuburan 
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid) 
  • Membantu dalam menangani menopus 
  • Menguatkan kuku dan rambut 
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema 
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh 
  • Memperlahankan proses penuaan 
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung 
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi 
  • Mengawal kolesterol 
  • Untuk fungsi saraf



Bagaimana GLA Complex membantu untuk mudah hamil? 

GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub fallopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada peluang sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 (^__^)



GLA boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. GLA juga mampu menangani masalah kulit kepala berkerak, berkuping, bersisik.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *

Saturday, 14 December 2013

Set penyusuan paling hangat dan 'laku keras'


Coretan diambil dari www.anakkuwiraku.com. thanks kak Norita Idris!!!

Vitamin buat susu saya terus tak keluar !

Set penyusuan yang paling popular adalah set 3M atau nama penuhnya Making More Milk. Namun perlu diingat, pengambilan supplement semata-mata tidak sama sekali membantu pengeluaran susu melimpah-limpah jika si ibu itu tidak menyusukan dengan sepenuhnya atau mengepam secara konsisten.

Dah lama saya tak menulis kisah penyusuan memandangkan Addin dan Nasa pun dah semakin membesar. Tapi memang saya bangga melihat ibu-ibu muda yang berusaha gigih menyusukan anak kecil mereka.Saya sendiri dulu belajar dari pengalaman dan buku. Perlahan-lahan saya kongsikan dengan kawan-kawan dan dari situ bermula set penyusuan Shaklee yang saya mulakan di kumpulan forum susuibu.com. Kenalan siber dan rakan bisnes saya hari ini juga ramai dari forum ini.

Balik kepada cerita penyusuan susuibu, si ibu kena faham konsep:
1. Lebih kerap menyusukan bayi [ atau mengepam] maka lebih banyak susuibu akan dihasilkan.

2. Hormon prolaktin dan oksitosin sangat berkait rapat dengan penghasilan susuibu.

3. Ibu perlu menjaga pemakanan seimbang dan pengambilan air secukupnya sangat-sangat penting.

4. Penyusuan susuibu bukan bercerita hanya pada susuibu semata-mata tetapi juga 'bonding' antara ibu dan anak.

Berbalik kepada supplement Shaklee Set Penyusuan 3M, apakah ia membantu menjayakan penyusuan susuibu?

Personally supplement ini adalah ibarat baja pada si ibu. Pemakanan hari ini yang menjurus kepada makanan segera tidak banyak membekalkan vitamin yang diperlukan oleh badan kecuali transfat yang banyak dan memudaratkan kemudian hari.

Pengambilan supplement adalah lebih kepada si ibu supaya bertenaga, sihat, emosi yang lebih stabil, tidak terlalu keletihan terutama yang bekerjaya.Maka apabila si ibu membuat keputusan untuk menyusukan anaknya dan mengambil supplement, si ibu perlu pastikan:

1. jadual pam yang konsisten supaya susuibu terus dapat dihasilkan

2. pengambilan air adalah sangat-sangat penting demi memastikan penghasilan susuibu lebih lancar.

Dalam set penyusuan Shaklee 3M mengandungi :

a. ESP - untuk membina sel
b. Vitalea - multivitamin yang lengkap dengan formula zat besi
c.  B com - membantu ibu lebih bertenaga, mood yang stabil dan ceria.
d.  Vitamin C - meningkatkan antibodi tubuh memandangkan vitamin C adalah vitamin larut air dan mudah musnah maka penting untuk diganti.
e. Ostematrix - demi memastikan si ibu tidak terlalu keletihan walau bekerjaya
f. Alfalfa - membantu mempercepatkan penghasilan susuibu.

Please ALERT :

Alfalfwa adalah dalam kategori herba. Ia tidak boleh diambil oleh pesakit SLE. 

Ibu yang melahirkan juga disarankan mengambilnya selepas 14 hari melahirkan. Walau ada ibu yang mengambilnya sejurus selepas melahirkan namun risau sekiranya si kecil mendapat jaundis maka lebih baik diambil selepas 2 minggu melahirkan.

Alfalfa ini mengandungi vitamin K. Ia berfungsi memekatkan darah. Maka pengambilan yang banyak sekaligus sangat tidak digalakkan sama sekali. Memang ibu akan dapati susuibu lebih pekat dengan pengambilan alfalfa tetapi kemungkinan juga susu akan terus tidak keluar sebab pengambilan air tidak mencukupi. 

So jangan lupa refer pengedar untuk konsultasi lebih lanjut.

Namun ingat, vitamin ini hanya pemangkin, rezeki dari Allah jua. Alhamdulillah dengan izin ALLAH jua Addin dan Nasa dapat menyusu susuibu melebihi 2 tahun setiap mereka.Supplement ini part of usaha ya. Letakkan kebergantungan pada ALLAH jua.

Selamat menyusu !

Thursday, 12 December 2013

Pendapatan tambahan bersama SHAKLEE

Yahooo..minggu ni adalah minggu harimau mengaum bagi Shaklee Independent Distributor.. kadar ngauman harimau masing2 adalah bergantung kepada hasil jualan masing2 opkos. Itulah yg istimewa tentang MLM bernama SHAKLEE... walaupon MLM, what you earn adalah apa yang anda usahakan walauponn anakcucu cicit berderet.

Ada dua kaedah nk jadi member SHAKLEE aka SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR :
1. Bayar RM65 utk yuran keahlian seumur hidup dan kos postage member kit RM10 (utk sem.Msia); atau
2. Pembelian bernilai 200uv (sekitar RM650-700) -automatik jadik member aka SID dan dpt bonus 5% dari purchase value

Faedah jadi member SHAKLEE aka SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR :
1. Pembelian dengan harga member (jauh lebih murah dari retail price)
2. Bonus bulanan setelah membuat pembelian melebihi 150uv...bonus ini ada beberapa stage dan mencecah reribuansss ringgit depending on sales anda. Ini penting ni..pentingg...(saya penah baca writing Prof VC UITM - lenapa kita kena jadi kaya..hu...memang kena jadi kaya utk capai kebahagiaan di akhirat. Sbb dgn kekayaan itulah kita blh bagi byk derma, sedekah, zakat dan infaq..tabungan utk akhirat ni!!!)
3. Anda juga memelihara kesihatan sendiri dan keluarga dengan pengambilan supplement berkualiti dari SHAKLEE..ngeeee


ok..sapa berminat nak join silalah inbox saya 0194554770 atau pm saya (fb:wanie kamis). Bersama-sama kita usaha menjadi jutawan!!!

#shakleebandarbarubangi
#shakleeputrajaya
#iloveshaklee
#misimenjadijutawan

Wednesday, 4 December 2013

Penyusuan susu ibu - soal jawab bersama mereka yg pakar

Morning peeps!!!

Hari ni saya nk kongsi pasal penyusuan susu ibu..pada saya memang set penyusuan Shaklee memang membantu saya menjayakan penyusuan anak ketiga saya. Alhamdulillah sehingga hari ini anak ketiga saya adalah a fully breasyfeed baby and is still going.mumur dia skrg adalah 1 thn 14 hari...(dont get me wrong here..saya bukan nak riak atau menunjuk2)

Pada saya ini adalah satu achievement peribadi..kerana anak pertama dan kedua saya gagal memberikan susu ibu sepenuhnya..sebab2 kegagalan adalah kurang pengetahuan. So salah sape?? Salah sendiri lah..

So bila saya pregnant anak ketiga, saya dah bertekad nk cuba sedaya upaya full bf until umur anak 2 thn. Maka saya pon gali sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan dan bagaimana nk kekalkan stok susu..so sejak awal kehamilan smpai sekarang saya amalkan Shaklee..mula dari set hamil to set menyusu plus mcm2 supplement lagi. Alhamdulillah rezeki anak saya..mudah2an Allah makbulkan doa nk menyusu smpai umurnya 2 tahun.(eczema yang saya suffer sejak zaman matrikulasi pon dah pulih uolls!!! awet muda summore)

Okey..jom kita baca soal jawab tentang penyusuan yg ditulis oleh Kak Norita (www.anakkuwiraku.com)


Orang tanya, benarkah pengambilan vitamin Shaklee boleh buat susuibu pekat?

Memang benar kerana pengambilan vitamin sendiri akan meningkatkan kepekatan darah si ibu maka sebab itu la si ibu perlu mengamalkan pengambilan air kosong yang seimbang dan tidak kurang 3L sehari jika amalkan vitamin.
Mengapa bila susu pekat anak minum sedikit, adakah benar anak mudah kenyang?Samakah bila kita minum milo pekat dengan milo cair? Pasti tidak …cuma nama minuman itu tetap milo. Jika baby terbiasa dengan susuibu yang sedikit cair dan bila tiba-tiba berubah menjadi pekat, anak hanya akan minum sedikit sahaja untuk membiasakan dengan rasa baru tersebut. Jika selepas minum anak tak mudah merengek atau nangis, insyaALLAH ia puas walaupun hanya dengan minum sedikit.


Benarkah susu pekat itu bermakna susu mengandungi banyak vitamin?

Tiada kajian yang saintifik dilakukan namun yang pasti apa jua si ibu makan akan disalurkan kepada si anak melalui susuibu. Hanya melalui pengalaman saya dan pemerhatian ke atas ibu2 yang mengamalkan pengambilan vitamin mendapati perubahan yang ketara kepada pertumbuhan si anak di mana 6 bulan pertama perkembangan sangat2 mengalakkan selain bayi dikatakan mempunyai tahap kesihatan yang baik berbanding sebelum si ibu itu mengamalkan pengambilan vitamin.


Apakah fungsi utama pengambilan vitamin sepanjang mengandung dan sepanjang penyusuan?

Ibu mengandung diwajibkan mengambil vitamin b, folic asid, obimin (multivitamin) serta tablet zat besi jika didapati kekurangan darah. Ini demi mengurangkan risiko kematian si ibu apabila melahirkan anaknya.Namun selepas melahirkan si ibu itu mempunyai pilihan untuk menyusukan anaknya dengan susuibu atau susu formula. Maka kepentingan vitamin ini tidak dipentingkan seperti masa mengandung. Namun untuk ibu yang menyusukan anaknya dengan susuibu dan bagi yang sedar tentang cara hidup yang terkejar2, masakan yang ringkas dan tidak mengikut panduan piramid makanan, faktor persekitaran yang sangat tercemar, pasti meneruskan pengambilan vitamin demi kesihatan diri. Vitamin ini hanya membantu agar si ibu itu sustained bertenaga, energetic, ceria dan bersemangat sepanjang hari. Bila si ibu itu sihat dan bersemangat, pasti matlamat penyusuan 2 tahun menjadi sasaran walau apapun dugaan yang datang.


Pengalaman sendiri menyusukan anak dengan vitamin?

Saya sendiri tidak tahu pada awalnya sepanjang menyusu bahawa vitamin akan disalurkan kepada bayi melalui susuibu. Namun apabila satu hari saya ke klinik Haizam untuk membuat check up bulanan untuk anak saya, doc mula menegur terutama apabila berat Addin yang berumur 5 bulan telah mencecah 10kg!Masih ingat lagi Doc Haizam bertanya “Sihat baby ni! Dia ada makan apa ibu?”Saya menjawab “Tak de lagi doc sebab belum 6 bulan kan? Saya hanya bagi dia susubadan sahaja”Doc Haizam “Ibu ada makan vitamin apa2 ke?”Saya menjawab “Ada, vitamin Shaklee”Doc Haizam “Vitamin Shaklee bagus tapi mahal, but you pay for the quality off course”.So bila time Nasa pun, Doc Haizam akan sebut, “Bagus minum susuibu, anak sihat”….masakan tidak, Nasa lahir 3.3kg, bulan pertama 5.3kg, bulan kedua 7.3kg dan bulan ketiga 8.9kg……so benarlah vitamin ibu makan disalurkan kepada mereka kan?

Satu kepuasan keluar dari bilik Doc. Abah pun tersenyum sebab satu pelaburan yang berbaloi apabila melihat anak sihat dan pertumbuhan yang sihat. Tapi mereka mula membesar seperti biasa apabila mereka mula aktif. Tiada istilah overweight jika anak minum susuibu sebab kandungan susuibu tidak seperti susu formula.


Benarkah hanya Shaklee yang memberi kesan yang baik pada penyusuan?

Tidak sama sekali. Bagi yang berkemampuan boleh mendapatkan vitamin yang berbayar seperti Shaklee dan berjenama seangkatan dengannya. Bagi yang kurang berkemampuan, boleh mendapatkan di klinik kerajaan. Ianya balik pada kemampuan masing-masing. Ada ibu yang suka melahirkan di klinik swasta dan ada di klinik kerajaan. Tiada masalah sama sekali. Cuma kalau si ibu mampu keluarkan duit beli handbag , handphone dan tudung berjenama mahal…tak salah keluarkan sedikit belanja untuk diri sendiri dan berikan hak di klinik kerajaan yang kita boleh amik free tu kepada yang lebih layak.


Pam susu?

Masa zaman Addin ibu mula pam dan susuibu hanya tersimpan dalam peti beku. Namun sebab tak kerja, dan tiada banyak maklumat yang ibu belajar tentang susu beku, maka abah mencadangkan susu tersebut disiram sahaja pada pokok bunga. Masa tu tak de forum susuibu atau apa jua kumpulan sokongan macam sekarang. Masa Nasa pula sama juga, pam juga masa pantang aje tapi lepas niat nak cuti tanpa gaji sebab nak susukan sepenuhnya dengan susuibu, ditambah Nasa tak nak minum guna botol….maka susu beku tu pun menjadi air siraman pokok buah aje ditepi rumah. Sebab itu ibu sangat bangga bila ada kawan penyusuan yang cekal dan kuat semangat yang tetap konsisten membuat perahan susu dikala mereka dipejabat demi memastikan si kecil mereka mendapat nikmat minum susuibu.Dua tahun tu tak lama….satu kepuasan bila kita menjayakannya. Bagi yang belum pernah, teruskan usaha. Doa ibu sentiasa mengiringi kalian!

Ok?? Kesimpuannya bile guna Set Menyusu SHAKLEE uolls mesti:
♥Sentiasa susukan baby setiap 2 jam
♥Sentiasa pam susu selepas habis menyusu baby
♥Banyakkan minum air masak(3L sehari)
♥Yakin dan berdoa untuk banyakkan susu
♥Redha dan Tawakkal..

*credit to www.anakkuwiraku.com dan http://mama-atiyyahumairah.blogspot.com

So apa tunggu..sms/whatsapp saya di talian 0194554770..saya jamin uolls akan dapat best price dan consultation juga come along with the product.

#misimenjadijutawan

Monday, 2 December 2013

OmegaGuard - Manfaat Omega-3/DHA/EPA kepada wanita


Morning Uolls,
Uolls semua tentu pernah dengar, pernah baca mengenai  OmegaGuard  kan??? Zaman siber ni semua maklumat di hujung jari..nak tau, Tanya aje pakcik Google..confirm dapat jawapan. Tinggal rajin ke tidak je..tak gitu??

Wokey..walaupun saya beranggapan uolls dah tau pasal OmegaGuard, dan mungkin di kalangan uolls yang sedang membaca ‘esei’ saya ni adalah pengguna/pengambil tegar OmegaGuard, meh saya kongsi apa yang saya baca dan tahu mengenai omega-3 ni. (I love to share what I know..konsepnye semakin dikongsi, semakin banyak yang kita perolehi)

Fakta (bukan auta) mengenai OmegaGuard

OmegaGuard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.

Ianya diekstrak daripada ikan laut air sejuk seperti sardine, mackerel dan hering dan bukan dari hati ikan. OmegaGuard adalah 3 kali lebih tumpat daripada minyak hati ikan.

 Manfaat Omega-3/DHA/EPA kepada wanita

1.       Perlindungan daripada kanser payudara

Hasil kajian menunjukkan bahawa wanita yang mengambil ikan berlemak (oily fish) damal pemakanan atau mengamalkan supplemen mengandungi asid lemak Omega-3  adalah 50% lebih rendah kebarangkalian risiko menghidap kanser kanser payudara. Ini kerana asid lemak Omega-3 mengandungi unsur anti-keradangan semulajadi  yang menggangu perubahan sel, sekaligus membunuh sel-sel kanser.


2.       Mengurangkan senggugut ketika haid

Sindrom Pra-Haid (PMS) dan senggugut kebanyakannya adalah disebabkan oleh kekurangan asid lemak Omega-3 dan Omega-6. Oleh itu, pengambilan GLA  (sumber Omega-6) dan OmegaGuard (sumber Omega-3) boleh membantu meredakan PMS dan senggugut.


3.       Meningkatkan kesuburan

Asid lemak Omega-3 membantu menstabilkan penghasilan/pengeluaran serta memperbaiki pengaliran darah ke ovari dan uterus. Sekiranya pasangan suami isteri merancang untuk mendapatkan zuriat, antara cara terbaik untuk meningkatkan kebarangkalian kehamilan adalah dengan mengambil makanan berkhasiat dan ditambah dengan supplemen asid lemak Omega-3.


4.       Bayi dan anak-anak yang sihat

Asid lemak Omega-3 adalah sangat penting bagi perkembangan saraf bayi dalam kandungan. Berdasarkan kajian, bayi yang ibunya mendapatkan keperluan asid lemak Omega-3 yang secukupnya semasa hasil kurang mengalami masalah tumbesaran semasa kanak-kanak.


5.       Mencegah pre-eclampsia

Asid lemak Omega-3 membantu menstabilkan tekanan darah dan mengurangkan pelbagai risiko kesihatan yang mungkin berlaku sepanjang kehamilan.


6.       Mengurangkan risiko kelahiran pramatang

Memandangkan DHA (docosahexaenoic acid) menyumbang kepada perkembangan dan tumbesaran bayi dalam kandungan, risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan.

7.       Mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin

Pengambilan asid lemak Omega-3 dapat mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin. Ini kerana, 60% daripada membran sel pada neuron otak adalah terdiri daripada asid lemak Omega-3. Apabila otak menerima asid lemak Omega-3 yang mencukupi, neron otak lebih mudah menerima dan menyalurkan signal-signal Kimia.


8.       Meminimakan symptom menopause

Asid lemak Omega-3 amat bermanfaat dalam penghasilan hormone, sekaligus membantu mengurangkan symptom menopause yang dialami seperti perubahan mood yang mendadak atau hot flashes.


9.       Mengurangkan risiko osteoporosis

Wanita berisiko tinggi untuk mengalami osteoporosis  dan asid lemak Omega-3 membantu meningkatkan ketumpatan tulang sekaligus menjadikannya lebih kuat dan tidak mudah patah. (tak semua orang suka minum susu kan??)


10.   Mencantikkan kulit, rambut dan kuku

EPA (eicosapentaenoic acid) meransang kuku yang sihat, rambut yang bersinar dan kulit yang lembut dan cantik.


*kredit kepada Celik Nutrisi dan genkimomma.com


Sepanjang Disember 2013, Shaklee menawarkan pembelian 6 percuma 1 bagi produk OmegaGuard ini. Jadi marilah uolls borong untuk stok 7 bulan terus. Banyak manfaat produknye..Faedah lain :

1.       uolls beli 6 botol  dapat percuma 1..so dah untung kat situ RM136.00 (harga runcit sebotol OmegGuard

2.       Uolls dapat keahlian percuma – seumur hidup..xde renewal fees (sapo nak bagi macam ni??)

3.       Uolls dapat bonus tau..kira cash back program lah ni…kurang-kurang pon dah dpt RM30++…ha..untung kan…cuba kira balik..dah la percuma 1 botol dpt bonus lagi..mano nak carikkk…

Nak beli barang??? Nak jadi ahli?? Contact saya ni..saya zass bantu uolls…SMS or Wassap saya..0194554770. Harga dijamin terbaik…tak caya cuba contact saya…

Sunday, 1 December 2013

PROMO DISEMBER 2013 -OMEGAGUARD

Assalamualaikum semua!!!

Uollss...promo baik punya Disember 2013 ni..sudah mari..



OMEGAGUARD BELI 6 PERCUMA 1...haaa..teruja x???Nak lagi TERUJA, SMS/whatsapp saya 0194554770..ada offer hebat untuk uolls harga jatuh terduduk gedebuk. Grab them all now..korang tunggu lama2 karang xde stok huuuu..rugi!!!

Hokey uolls..gtg..nanti saya share pasal kebaikan Omegaguard dan kenapa kita perlukan khasiat yang terkandung dalam Omegaguard..tunggu ye!!!

Wednesday, 27 November 2013

KEISTIMEWAAN VITAMIN B-COMPLEX SHAKLEE

Morning uolls!!!!

2 hari lepas saya dah share pasal Vitamin B-Complex dan kenapa kita perlukannya. So hari ni sambung sikit lg..nak share pulak pasal apa kelebihan dan keistimewaan Vitamin B-Complex SHAKLEE. Of coz byk keistimewaannya..kalau tak, masakan shaklee sekarang ni jadi 1 fenomena..asyik sold out je vitamins dia okeh..x percaya??? Tanyalah kawan2 anda yg dah lama kenal shaklee.

okeh..cut the crap..back to the topic

B-Complex SHAKLEE ni mengandungi kesemua 8 kompnen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan folik asid. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Tambah istimewa, asid folik yang terkandung dlm vitamin B-Complex SHAKLEE mempunyai kadar serapan yang tinggi dan berkualiti..ia juga bersifar semulajadi. Uolls tau tak..almost 99% asid folik di pasaran adalah bersifat sintetik..jd paham2 ajelah macamana kesan dia yeh..

Harga pon x mahal..retail price cuma RM53.75 utk tanah Semenanjung permata nilam..sebotol adalah bekalan untuk 120 hari bersamaan dengan 4 bulan..kalau uolss beli dgn saya..harganya lebih istimewa...berbaloi2...

makanya..siapa yang nk beli ke tnya lebih lanjut ke..silalah tinggalkan komen anda ataupun inbox saya di talian 0194554770.

Kalau uolls rajin nk walk in ke mana2 branch SHAKLEE untuk buat pembelian pon ok..just use my SID 915269..UOLLS DAPAT BELI DGN MEMBER PRICE GITU..

ok till then..take care peeps. Love uolls!!!

Monday, 25 November 2013

Mari mengenali Vitamin B-Complex

Assalamualaikum semua...apa kabar uolls??

Hari ni saya nak kongsi fakta berkaitan vitamin B-Complex dengan uolls semua..bunyinye macam sungguh ilmiah/akademik tapi fret not, take your time..baca sampai habis ehh..tak panjang pon...ini adalah hasil pembacaan saya di kala mode mengantuk menjengah


Uno : Apakah itu Vitamin B-Complex?
Vitamin B-Complex merupakan salah satu vitamin asas yang diperlukan oleh badan. Ia mengandungi 8 jenis vitamin B iaitu B1(thiamine), B2(riboflavin), B3 (niacin), B5 (pathothenic acid), B6, B7 (biotin), B9 (folate) dan B12.


Dos : Mana nak cari Vitamin B-Complex?
Secara umumnya, vitamin B boleh diperolehi daripada sumber makanan harian antaranya bijirin, saturan berdaun hijau, telur, ayam, buah-buahan sitrus (limau dan kaum keluarga beliau), kekacang dan pisang. (and the list goes bla bla bla...ahahah)


Tres : Fungsi-fungsi Vitamin B-Complex :
Setiap jenis vitamin B mempunyai fungsi dan tugasan masing-masing ye..macam kita-kita kat opis masing-masing jugak le ni..takde main hentam je labu buat keje semua orang..ehh..melalut pulok makcik..

B1 dan B2 - memastikan otot, saraf dan jantung berfungsi dengan baik
B3 - membantu kawalan sistem saraf dan pencernaan
B5 dan B12 - membantu menormalkan pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan
B6 - menyokong system imun, membantu tubuh badan untuk menguraikan protein dengan baik
B7 - menggalakkan penghasilan hormone
B9 - membantu sel badan menghasil dan mengekalkan DNA


Cuatro : Faedah pengambilan Vitamin B-Complex :
Secara umum..dah tentulah faedahnya akan menjadikan tubuh badan sesorang hamba Allah itu lebih sihat..but jom periksa satu-satu health benefit setiap jenis Vitamin B..moh..ini antaranya tau..korang boleh baca lagi untuk dapatkan lebih pengetahuan :

B1 - mengelakkan masalah penyakit buah pinggang di kalangan pesakit diabetes Type II dan mengurangkan risiko menghidapi masalah katarak

B2 - mengelakkan migraine

B3 - merendahkan kolestrol (huuu...Malaysian kan gemar makan nasi goreng, pisang goreng..apa lagi..macam2 la juadah gorengan..kolestrol tu..kolestrol...pesanan pada diri sendiri juga ni)

B6 - Memelihara daripada sakit jantung, melegakan symptom PMS dan mengurangkan loya semasa hamil

B9 - mengurangkan risiko kanser (kanser payudara, korektal dan pancreas), mengurangkan risiko kecacatan bayi dari dalam kandungan (birth defect) jika diambil oleh ibu hamil

B12 - mengurangkan risiko penyakit kanser serviks



Haaa...tu dia...memang besar manfaatnya incik B-Complex ni...kalau uolss semua berminat nak tau lebih lanjut pasal Vitamin B-Complex SHAKLEE dan nak beli pada harga super hebat lagi istimewa...uolss boleh komen kat bawah ni atau sms/whatsapp saya (019-4554770) atau PM saya di akaun facebook Wanie Kamis..

Walau bagaimanapun, sukacita saya mengingatkan uolss semua..sesungguhnya manusia hanya berusaha..Allah jua yang menentukan..

ok daaa....I'll be back soon with more discoveries..
Till then, Assalamualaikum and have a meaningful day!!!





Sunday, 24 November 2013

Vivix

Sebenarnya pada November 2013, SHAKLEE dengan pemurahnya menawarkan promosi Vivix beli 6 percuma 1. Sebotol Vivix dijual pada harga runcit RM475. So kalau beli pada harga promosi ni memang berbaloi-baloi si ikan kaloi lah korang!!!

 Kalau tuan puan adik kakak abang yg manis jelita kacak bergaya nak beli 1 botol je pon boleh..just sms/whatsapp saya 0194554770. Saya jamin saya bagi anda harga istimewa yang anda pon xkan percaya.

Jimat...i tell u...






Manfaat vivix :

Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan.

Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

GOLONGAN YANG AMAT MEMERLUKAN VIVIX :
1) Pesakit Diabetes
2) Arthiritis
3) Pesakit Gout
4) Pesakit Cancer yg telah menjalani kemoterapi
5) Orang yg rabun mata - perlukan antioksidan yang tinggi
5) Ibu dan bapa yang sibuk bekerja seharian menguruskan anak-anak dan tanggungjawab
6) Golongan yg mementingkan kesihatan badan yg maksimum
7) Atlit atau yg aktif Sukan Anti Penuaan

Kesimpulannya , kalau anda jenis malas nak makan banyak jenis vitamin, boleh ambil Vivix Shaklee sahaja.


 1 botol Vivix ni sangat sesuai untuk semua masalah dan penyakit. ALL IN ONE  untuk KESIHATAN dan KECANTIKAN. Hanya 1 sudu teh sahaja dalam sehari ...

wanie kamis SID 915269
FB wanie kamis
SMS / whatsapp 0194554770

Monday, 18 November 2013

Tips kulit anjal

Amalkan 2 sudu besar ESP + 1 peket kolagen dan 1 biji Vita C Plus antara waktu breakfast dan lunch.Amalkan 14 hari dengan konsisten! Pastikan anda mendapat kulit wajah yang bersih, anjal dan berseri !!!

source : www.anakkuwiraku.com
collagen

Vita c

ESP

Monday, 30 September 2013

Sustained Release Vita-C


Sustained Release Vita-C 500mg yang meletop letop di pasaran kini akan kembali pada penghujung Oktober ini. Siapa nak boleh PM saya  / SMS@whatsapp 0194554770 untuk preorder.

Sedikit review  pasal Sustained Release Vita-C :

Shaklee Sustained Release Vita-C merupakan produk pertama yang menawarkan vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan proprietari dengan sistem penyaluran yang melepaskan vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa 5 jam.

Sebagai satu antioksidan yang kuat, vitamin C merupakan nutrien yang mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah.

#shakleevitaC #shakleebangi

Saturday, 21 September 2013

CINCH INCH LOSS PLAN



Wanie Kamis , SID 915269
sms / whatsapp 0194554770
emel : wanie_kamis@yahoo.com

Friday, 20 September 2013

Herbal Blend Multi-Purpose Cream

Awal pagi tadi anak saya demam. Suhu badan 38.4°c..gelabah mak nye terus je mandikan walaupon jam baru pukul 230 pagi. Lepas mandi check balik suhu..turun jadi 37.8°c. Ish..tak leh jadi ni.

Sekali dlm kegelapan tu Allah datangkan ilham...saya pernah terbaca someone wrote in her blog yang HERBAL BLEND MULTI-PURPOSE CREAM ni bila rasa nak demam boleh disapu di seluruh badan..insyaAllah mujarab dan akan sihat seperti sediakala.

Maka pagi tadi saya pum buat eksperimen..saya sapu seluruh badan anak saya dan biarkan dia tido. Alhamdulillah..dalam jam 6pagi check suhu dah kembali normal..terima kasih Ya Allah

Tuesday, 17 September 2013

SET PENYUSUAN SHAKLEE

Saya yakin ramai yang dah baca kisah ibu-ibu yang berjaya menyusukan anak masing-masing sehingga 2 tahun. Saya sendiri juga sedang berusaha ke arah itu..masa anak pertama dan kedua agak sedikit failed di mana walaupun saya susukan diorang sampai umur 2 tahun..tetapi tak berjaya secara ekslusif.

Makanya kali ini..saya berazam untuk susukan anak ketiga ini sepenuhnya sehinga umur dia 2 tahun. Mudah-mudahan saya berjaya.

Mengepam di opis memang banyak cabaran...kengkadang ada mesyuarat, kena outstation dan macam-macam halangan..tapi kena bertabah. Yang penting..pam pam dan pam...hemm..kena paham konsep utama yakni supply and demand...

Untuk pastikan bayi dapat susu yang berkhasiat, ibu pun kenalah makan makan berkhasiat dan cukup nutrisinye..bak kata iklan kat TV..kalau saya tak jaga diri saya, siapa lagi???


Terdapat 4 set penyusuan yang popular dari SHAKLEE iaitu :

1. Set B (VitaLea, B-Complex, Vitamin C dan Alfalfa)
  • Sesuai untuk ibu yang TIDAK mengalami masalah penyusuan
  • Tujuan utama pengambilan supplement adalah untuk memperkayakan nutrisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu penghasilan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit atau keputihan
  • Dapat membantu bayi yang mempunyai masalah eczema
  • Kurang sesuai untuk ibu yang baru melahirkan (elakkan bayi kena jaundis atau cirit-birit kerana kandungan herba dalam alfalfa)

2. Set Eu Four Pack (VitaLea, B-Complex, Vitamin C dan Ostematrix)
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kekurangan bekalan susu ketika haid
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu atau alah kepada laktosa
  • Dapat membantu ibu kekal cergas dan bertenaga walaupun kurang tidur, di samping diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi

3. Set E (VitaLea, B-Complex, Vitamin C, Ostematrix dan Alfalfa)
  • Extended version dari Set B, dengan tambahan alfalfa yang juga mempunyai khasiat protein


4. Set 3M  (VitaLea, B-Complex, Vitamin C, Ostematrix, Alfalfa dan ESP)
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit atau baru hendak mula menyimpan stok
  • Juga sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation

*dipetik dari anakkuwiraku.com


hubungi saya untuk pembelian dan konsultasi. InsyaAllah tawaran harga istimewa...

wanie kamis SID 915269
FB : wanie's vita store
SMS / WhatsApp : 0194554770
Emel : wanie_kamis@yahoo.com

Kebaikan Ostematrix

Selain menguatkan tulang, mencegah osteoporosis dan memperbaiki lenguh kekejangan, Ostematrix juga membantu mencegah insomnia dan gastrik.

Antara manfaat utama Ostematrix:
1. Menguatkan tulang - cegah osteoporosis, kuatkan kuku, merawat eczema, rangsang pemekatan darah

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas

3. Meringankan stress - menggalakkan tidur yang selesa, memperbaiki depresi

4. Memperbaiki masalah haid

5. Pengalkalian tubuh

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik

7. Sumber vitamin D

Wanie Kamis SID 915269
0194554770
waniesvitastore.blogspot.com

Cerita pasal Ostematrix part 2

Hi peeps!!!

Sihat semua hendaknya..kalau tak sihat, cepat-cepatlah cari penyelesaiannya.. junpa doktor atawapun ambikla supplement yang bersesuaian untuk combat punca penyakit anda.

okey...saya nk sambung testimoni kedua..ini kisah mak mertua saya ye..

alkisah nye mak mertua saya ni umur awal 60an..tp jenis yang cergas. Masak memasak memang terror sangat. Setiap hari bangun awal, sediakan nasi berlauk untuk dijual di kedai runcit beliau..pas habis jualan nasi tu sambung lagi pegi pasar beli stok untuk jualan esoknya..then sambung jaga kedai..dan begitulah rutin beliau setiap hari.

Masa kitorang balik beraya Aidilfitri yang lepas, beliau nampak letih dan mengadu pada suami saya yang dia sakit-sakit badan..kaki pon sakit. Saya terpikir..why not mother, u try Ostematrix...(tipu je..pikir dlm bahasa melayu je pun). Saya pon bagi la beliau satu botol Ostematrix yang saya dh makan sikit. Jangan salah paham..saya bukan kedekut..tapi saya tak bawak balik stok.

Lebih sebulan berlalu..saya takde lah followup mak mertua saya masih rasa sakit-sakit badan ke apa..tapi tetiba suami saya bagitau yang mak mertua saya nak lagi stok Ostematrix. Katanya rasa lebih baik dari sebelumnya. Alhamdulillah..maknanya terbukti keberkesanan Ostematrix.

Makanya di sini..saya ingin menyeru kepada anda semua, kalau anda mengalami masalah serupa, jangan bertangguh. Dapatkan Ostematrix pada harga sangat istimewa.  Laju-laju contact saya ok....

Till then..

Love,
Wanie

Sunday, 15 September 2013

Lenguh-lenguh? Cramp?? kini tidak lagi

Hi peeps!!! Assalamuaikum...

Alahai..lenguhnye badan saya ni..maklumlah..baru lepas bersukaria tanningkan kulit di pantai kat Port Dickson tadi. Bagai nak rak incik suami belikan anak2 pelampung la..swimming vest la...alih-alih saya jugak yang kena dukung si kecik. Takut main air!!! Baru first time si kecik dibawa main-main air kat pantai.

but it's ok..small matter je tu. Saya telah menemui penawar terbaik untuk hilangkan lenguh-lenguh kt badan mak incik ni..

Cuba teka..apakah penawarnya...???
Jeng jeng jengggg





Ini kisah betul ye...

1. Pengalaman saya sendiri

Sejak pregnant anak pertama sampai anak kedua, saya mengalami kejang atau orang kampung saya sebut 'cramp'. Hahaha..kalau orang tua-tua pulak panggil 'tarik mengkarung'. Kenapa mengkarung yang jadi pilihan dalam ni korang jangan tanya saya pulak..itu saya tak tau.

Jadinye masa prenant anak pertama dan kedua, tiap-tiap malam suami kena la jd tukang urut dan fisio bila cram menyerang. Tengah drive kereta pon boleh kena serangan cramp tau..huiii..bahaya!!!

Alhamdulillah masa pregnant anak ketiga saya terbuka hati tercelik mata nak cuba ambil set hamil SHAKLEE termasuklah Ostematrix bagi membekalkan kalsium kerana saya memang tak lalu nak minum susu untuk ibu mengandung. Bagi la brand apa pun..memang last sekali boleh buat mandi susu la jawabnya.

Sejak dari itu saya tak lagi alami cramp baik siang ataupun malam. Kalau badan  lenguh sebab dukung baby yang bambam atau sebab buat kerja berat ke apa ke..bangub tido esoknya sah tak rasa lenguh atau sakit sakit badan lagi...

ok..to be continue..baby dah meragam minta dukung..tata!!!



Berminat untuk dapatkan produk SHAKLEE dengan harga istimewa?

Hubungi saya (wanie kamis SID 915269)

SMS / WHATSAPP 0194554770
EMEL : wanie_kamis@yahoo.com