Monday, 25 November 2013

Mari mengenali Vitamin B-Complex

Assalamualaikum semua...apa kabar uolls??

Hari ni saya nak kongsi fakta berkaitan vitamin B-Complex dengan uolls semua..bunyinye macam sungguh ilmiah/akademik tapi fret not, take your time..baca sampai habis ehh..tak panjang pon...ini adalah hasil pembacaan saya di kala mode mengantuk menjengah


Uno : Apakah itu Vitamin B-Complex?
Vitamin B-Complex merupakan salah satu vitamin asas yang diperlukan oleh badan. Ia mengandungi 8 jenis vitamin B iaitu B1(thiamine), B2(riboflavin), B3 (niacin), B5 (pathothenic acid), B6, B7 (biotin), B9 (folate) dan B12.


Dos : Mana nak cari Vitamin B-Complex?
Secara umumnya, vitamin B boleh diperolehi daripada sumber makanan harian antaranya bijirin, saturan berdaun hijau, telur, ayam, buah-buahan sitrus (limau dan kaum keluarga beliau), kekacang dan pisang. (and the list goes bla bla bla...ahahah)


Tres : Fungsi-fungsi Vitamin B-Complex :
Setiap jenis vitamin B mempunyai fungsi dan tugasan masing-masing ye..macam kita-kita kat opis masing-masing jugak le ni..takde main hentam je labu buat keje semua orang..ehh..melalut pulok makcik..

B1 dan B2 - memastikan otot, saraf dan jantung berfungsi dengan baik
B3 - membantu kawalan sistem saraf dan pencernaan
B5 dan B12 - membantu menormalkan pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan
B6 - menyokong system imun, membantu tubuh badan untuk menguraikan protein dengan baik
B7 - menggalakkan penghasilan hormone
B9 - membantu sel badan menghasil dan mengekalkan DNA


Cuatro : Faedah pengambilan Vitamin B-Complex :
Secara umum..dah tentulah faedahnya akan menjadikan tubuh badan sesorang hamba Allah itu lebih sihat..but jom periksa satu-satu health benefit setiap jenis Vitamin B..moh..ini antaranya tau..korang boleh baca lagi untuk dapatkan lebih pengetahuan :

B1 - mengelakkan masalah penyakit buah pinggang di kalangan pesakit diabetes Type II dan mengurangkan risiko menghidapi masalah katarak

B2 - mengelakkan migraine

B3 - merendahkan kolestrol (huuu...Malaysian kan gemar makan nasi goreng, pisang goreng..apa lagi..macam2 la juadah gorengan..kolestrol tu..kolestrol...pesanan pada diri sendiri juga ni)

B6 - Memelihara daripada sakit jantung, melegakan symptom PMS dan mengurangkan loya semasa hamil

B9 - mengurangkan risiko kanser (kanser payudara, korektal dan pancreas), mengurangkan risiko kecacatan bayi dari dalam kandungan (birth defect) jika diambil oleh ibu hamil

B12 - mengurangkan risiko penyakit kanser serviks



Haaa...tu dia...memang besar manfaatnya incik B-Complex ni...kalau uolss semua berminat nak tau lebih lanjut pasal Vitamin B-Complex SHAKLEE dan nak beli pada harga super hebat lagi istimewa...uolss boleh komen kat bawah ni atau sms/whatsapp saya (019-4554770) atau PM saya di akaun facebook Wanie Kamis..

Walau bagaimanapun, sukacita saya mengingatkan uolss semua..sesungguhnya manusia hanya berusaha..Allah jua yang menentukan..

ok daaa....I'll be back soon with more discoveries..
Till then, Assalamualaikum and have a meaningful day!!!





No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda.