Tuesday, 18 February 2014

Vivix untuk kesayangan anda

Dulu-dulu selalu dengar peribahasa "Sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan".. bahaya okey peribahasa ni..nak nak pulak kalau ada yg paham secara direct translation..memang makan penampo je hari-hari anak2..hahaah...just kidding...

Dunia berubah...sekarang jom kita twist sket..jadikan  "Sayang sayang buah kepayang, hadiahkan vivix pada yang ku sayang, mahal atau murah bukan ukuran, kesayangan sihat tubuh badan".

Ramai telah mengakui keistimewaan dan khasiat Vivix dalam memelihara kesihatan tubuh badan. Ada yg beli untuk kegunaan sendiri, suami@isteri dan paaaalinggggg ramai of coz untuk ibu bapa sebagai hadiah dari anak-anak harapan bangsa ni...

saya pon dah berikan pada abah saya untuk maintain kesihatan beliau..tambahan pulak beliau insya Allah akan menyambut seruan Kaabah tidak lama lagi...alhamdulillah, baru separuh botol beliau dah bg good feedback. Syukur..dia sihat saya seronok!!!


jom kita tengok testimoni vivix..ini betul betul punya eh. Tak tipu....buat pe tipu...berdosa






Anda berminat untuk dapatkan Vivix ?? Pm saya okey??

 Jika anda berminat nak dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui : No tel : 0194554770 Email : Waniekamis1881@gmail.com Jika anda berminat untuk dapatkan side income melalui Shaklee, jom sertai kami.

Monday, 17 February 2014

Kisah seorang Supermak


pic credit to themomstertales.blogspot.com

Saya self-declared diri saya sebagai Supermak kerana setiap pagi without fail, selepas jadi tarzan untuk kejutkan anak2 dan siapkan segala beg sekolah, bekal dan macam-macam benda lagi, maka lebih kurang jam 6.45 pagi kami pun akan memulakan perjalanan meninggalkan rumah menuju destinasi masing-masing.

Kalau pagi tadi, celik-celik je mata Supermak ini memulakan kerja sebagai seorang chef dan tukang cuci, sekarang tukar topi pakai topi supir pulak. Ketiga-tiga anak saya perlu dihantar ke lokasi yang berbeza..dan perlu melalui kesesakan lalu lintas. Ok..baby drop di taska, check. Now, Angah drop di tadika, check. Lastly, Along..drop di KAFA..yang ni dugaan. Dengan beratur panjang ala-ala nasi kandaq beratoq Pulau Pinang tu nak kuar dari kawasan perumahan, pastu menunggu traffic light lagi..roundabout segala...last2 pukul 7.55 jugak lah baru Supermak ni sampai kat opis.

Phew...how hectic pagi saya bermula. Di pejabat pulak..kalau bernasib baik, sempatlah pegi sarapan. Kalau tak bernasib baik, baru letak bontot je dah bordering-dering telefon minta dijawab. Makan pon tak sempat. Apatah lagi kalau ada pulak kena pegi mesyuarat di pagi hari...

Lepas waktu kerja..terus rush balik ke rumah. takde singgah mana-mana dah. Lepas je solat Asar, moh kita hit the floor...buat le apa2 senaman yang patut. Dancing ke, cycling ke, main badminton ke..jogging ke (yang ni payah..byk budak bujang suka phewitt phewittt...pastu saja je tekan minyak keta kuat2 bila selisih..gugur jantung akak dikkkk).

Lepas tu amik anak...balik rumah..masak diner, kemas-kemas apa yg tak berkemas...kul 10 je..zzzzzzzz... tido...sehingga  la en.jam loceng yang setia mengejutkan saya jam 5.00 pagi. Dan bermula lagi rutin seorang Supermak...

Saya yakin, ramai lagi di luar saya yang macam saya...seorang Supermak. Malah ada yang ada lebih ramai anak untuk diuruskan. Korang memang hebat. Ada kawan saya..siap boleh buat kuih muih untuk berjualan..superbbb!!!

Sebab kita hebat dan perlu sentiasa kekal bertenaga (kata Supermak...macam Superman aa...kena ready bila2 je untuk tolong orang..hahaha), kita memerlukan tubuh badan yang sihat. Tubuh badan yang sihat pulak datangnya dari amalan dan gaya kehidupan yang sihat.
Macamana tu?

Kita adalah apa yang kita makan...jadi jaga pemakanan, senaman secukupnya dan berdoalah kepada Allah agar Dia kurniakan kita kesihatan yang baik. Di zaman moden ni, kita banyak terdedah kepada penggunaan bahan perasa, aditif, pewarna dan pelbagai kandungan bahan kimia dalam makanan yang tidak baik untuk badan kita. Malah kaedah masakan juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan kualiti dan zat makanan. Malahan udara yang kita sedut setiap hari juga tidak lagi sebersih udara masa zaman kita kecik-kecik dulu. Betulkan???

Atas kesedaran itulah, saya meyakini Shaklee bagi membantu mengekalkan tahap kesihatan yang baik. Saya sendiri ambil pelbagai jenis vitamin dan suplemen Shaklee bagi membantu menjayakan penyusuan, menjaga berat badan, mengawal kadar kolestrol dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah, saya pasti Shaklee telah banyak membantu saya dan ramai lagi di luar sana. Anda juga boleh mencuba. Tak rugi..harga pun murah, berbaloi-baloi.

KALAU KITA TAK JAGA DIRI KITA, SIAPA LAGI???

Love,
Supermak  

Jika anda berminat nak dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui : No tel : 0194554770 Email : Waniekamis1881@gmail.com Jika anda berminat untuk dapatkan side income melalui Shaklee, jom sertai kami.

Tuesday, 11 February 2014

Resepi penyediaan sport drink atau minuman tenaga

Bagi yang aktif bersenam, anda dinasihatkan untuk menjauhi minuman berkarbonat apabila melakukan aktiviti kecergasan untuk jangka masa satu jam. Ini kerana kandungan gula yang berlebihan di dalam minuman berkarbonat akan melambatkan penyerapan cecair oleh tubuh badan anda.

Untuk itu, anda disarankan untuk hanya minum air kosong atau minuman tenaga (sports drink). Jika anda ingin jimatkan bajet  atau anda memang spesis yang suka DIY, anda boleh sediakan minuman tenaga anda di dapur anda sendiri...

Resepi dipetik dari UC Berkeley Wellness Latter :
Bancuh satu sudu besar gula, secubit garam, satu sudu besar pati oren atau dua sudu besar perahan lemon ke dalam 7.5 auns air sejuk...tadaaaa..siap minuman tenaga anda...

Tapi kalau anda seperti saya yang tak rajin nak sediakan sendiri..anda boleh dapatkan Performance Drink dari Shaklee (anak saya panggil ini air basikal...sbb ada gambar orang berbasikal :P   ).

 
 
 
Performance Drink Shaklee sangat istimewa..ia mampu memberi kecergasan dan sesuai untuk seisi keluarga. Amat disyorkan sepanjang berpuasa dan ketika cuaca panas sekarang ini untuk mengekalkan kadar bendalir dalam tubuh. Selain itu, Performance Drink berperisa oren ini istimewa kerana :

1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.

2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.

3. Ia bukan milk booster atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

3. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

4. Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.

5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas macam sekarang ni..melenting-lenting panasnya. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia membantu mencegah dehydration.

Tak percaya??? Cuba dulu...boleh contact saya untuk sebarang pertanyaan.



Jika anda berminat nak dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui : No tel : 0194554770 Email : Waniekamis1881@gmail.com Jika anda berminat untuk dapatkan side income melalui Shaklee, jom sertai kami.

Monday, 10 February 2014

VITALEA Shaklee : Multivitamins & Multiminerals yang Hebat ! Kecil tapi penuh khasiat!!!

Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia.
Asalnya dikenali sebagai 'Vitalize-Mineral' dan disingkatkan sebutan kepada 'Vita-min', dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.
 

 

Multivitamin pertama pada 1915
Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.

Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai 'Explo-Tab'. Ia merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65 %. Vita-Lea telah dipilih olehCentre fo Science di Amerika Syarikat sebagai 'THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.
 
Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh.  Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.
 

Kebaikan UTAMA Vita-Lea Iron Formula Shaklee

1. Penambahan Tenaga Segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun berkerja seharian

2. Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran semata (vegetarian) dan juga anemia

3. Keupayaan Sistem Produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar

4.Metabolisma - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
 
5. Elemen Penting pada Sel Tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid
 
6. Melindungi Organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati
 
source : buku panduan nutrisi Shaklee
 
 
 
Antara vitamin yang terdapat dalam Vita-Lea:
 
  • Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat
  • Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi
  • Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi
  • Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot
  • Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang
  • Magnesium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung
  • Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak
  • Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet
 
Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk ( penyakit tiroid ini terjadi kebiasaanya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea.
 
Selain itu juga, ia adalah antara suplemen terpenting untuk mengawal berat badan di mana sekiranya kita mengurangkan kuatiti makanan dan pada masa yang sama mengambil Vita-Lea, ia boleh membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang.
 
Ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak, sangat digalakkan mengamalkan pengambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan zat besi oleh si bu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.

 


** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Jika anda berminat nak dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui : No tel : 0194554770 Email : Waniekamis1881@gmail.com Jika anda berminat untuk dapatkan side income melalui Shaklee, jom sertai kami.

Thursday, 30 January 2014

ESP - soya bukan sebarang soya!!!


ESP?? tak pernah dengar..apa tu??
ESP...?? Pernah dengar tapi tak pasti untuk apa?
ESP...tahu dan memang amalkan...

Haaa...tiga senario berbeza kan...so untuk yang tak pernah dengar atau pernah dengar tapi tak pasti amendeeee ESP tu..moh saya kongsikan seringkas yang mungkin ye...


ESP adalah ENERGIZING SOY PROTEIN.

Sebab utama ESP tersangatla popular dan produk yang paling laris ialah.......kerana ESP membekalkan sumber protein. Semua tau kan badan kita perlukan sumber protein dan protein boleh diperolehi dari ayam, ikan, daging dan beberapa makhluk Tuhan (paling seksi yang lain)..

Tapi ada pulak yang bertanya..kenapa hari-hari aku makan protein tapi kerap juga tak sihat. Tak cukup ke? Haaa....sebabnya...ikan, ayam, daging tu telah dimasak sebelum kita makan..(takkan nak makan yang mentah pulok kan??) Makanya...bila dah masak, dah kena panas api, sebahagian kandungan protein tersebut akan musnah dan baki yang tinggal tu tak cukup untuk badan kita.

Kalau tak cukup protein apa akan berlaku?

Individu yang kekurangan protein akan rasa / berisiko mengalami :
i. lemah, lesu, tak bermaya..akhirnya menggeletar.
ii. kolesterol tinggi, tekanan darah rendah..jadi pening.
iii. ulser perut + ulser usus
iv. luka lambat sembuh akhirnya berparut...badan perlukan protein untuk replenish sel-sel dalam badan
v.  penglihatan terganggu / lama kelamaan jadi kabur
vi. antibodi tak kuat...Bila kurang protein, badan tak boleh nak lawan penyakit yang dating

Kalau cukup protein pula?Macamana tau badan kita cukup protein? Kemusykilan di situ. Jadi "always play safe" ambil ESP ini sebagai pelengkap. No harm at all.


KEBAIKAN :  ESP SHAKLEE

Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant : ESP pulihara dan pelihara rahim kita.

Untuk wanita yang sedang pregnant  : ESP kuatkan Rahim dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.

Untuk wanita yang menyusu anak bertuah dan anak kesayangan : ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila kita cukup protein, means kita cukup tenaga. Susu pun berkhasiat.

Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.

Untuk sesiapa yang mahu kurus : ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan sokmo pun kurang.

Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat: ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, insyaAllah.

Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri gitu. Bila dah cantik, tak perlu la nak tepek makeup tebal-tebal kan. Natural Beauty you!

Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah. Lapar dan dahaga tu biasa la, itu dugaan tuhan bagi sebagai ujian.


KEBURUKAN : ESP SHAKLEE

Kesan negatif nya berlaku bila kita beli tapi tak minum , tak amalkan, tak ikut arahan yang sepatutnya.   :)

Rugi nya...sedangkan mudah saja caranya. Bancuh 1 sudu besar dengan air kegemaran then siap untuk di minum. Bila semuanya tak, tak nampak hasil, kita jadi negative. Nak salahkan siapa...tak baik kan gitu.

So sekarang ni kita dah tau kebaikan ESP Shaklee dan untuk siapa. Kita dalam golongan yang mana ya? Kalau termasuk dalam golongan ingin mencuba....boleh saja.Tak memudaratkan pun.

credit to : kotakvitamin-saya


Jika anda berminat nak dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui : No tel : 0194554770 Email : Waniekamis1881@gmail.com Jika anda berminat untuk dapatkan side income melalui Shaklee, jom sertai kami.

Wednesday, 15 January 2014

Dia anugerah yang dinanti

Teringat saya cerita seorang sahabat lama. Masa tu beliau telah berkahwin lebih kurang 2 tahun. Ceritanya pada saya "Stress...ramai sangat yang prihatin dengan aku..masa bujang sibuk tanya bila nak kawen..bila dah kawen, tanya pulak bila nak dapat anak..kang kalo dah dpt anak lelaki tanya tak nak anak pompuan ke..pastu bila nak tambah lagi..haihhhh...bosan la aku..."

Anak kan anugerah Allah...lewat atau cepat, lelaki atau perempuan semuanya hadiah Allah untuk kita..kita hanya mampu berusaha dan berdoa. Kata saya pada sahabat pada masa itu "Mungkin Allah nak korang enjoy life berdua... sabar-sabar lah..."

Dalam entry lepas, saya ada berkongsi tips untuk hamil dengan cepat.. salah 1 tips tu pun ada menyatakan keperluan pengambilan multivitamin bagi membantu proses keseimbangan hormon, meningkatkan level kesuburan dan semestinya meninggikan peluang untuk hamil.
Apakah vitamin yang sesuai untuk masalah kesuburan. Boleh dijadikan sebagai rujukan kepada mereka yang memang merancang untuk mendapatkan cahaya mata atau pun yang masih tercari-cari apa vitamin yang sesuai . Sebagai panduan anda, berikut adalah vitamin/ supplemen/ pemakanan tambahan yang baik untuk kesuburan suami isteri.
1. Energizing Soy Protein (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.
2. Vita-Lea
Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatn diri dengan mengambil multivitamin ini.
3. Vitamin C
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dgn ovum.

4. B-Complex
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

*ESP, Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah vitamin asas, dan tunjang utama untuk kesihatan badan.
5. Vitamin E & Selenium
Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.
6. Zinc Complex
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

7. Alfalfa Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.
8. GLA Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

**pasangan suami isteri digalakkan bersama-sama mengamalkan pengambilan supplemen ini kerana kita tidak tahu siapa yang mempunyai masalah kesuburan.
Mungkin anda merasakan bahawa jumlah supplemen yang perlu diambil terlalu banyak sedangkan anda mempunyai kekangan bajet. Hubungi saya dan kita boleh berbincang mengenai supplemen minimum yang perlu diambil dan saya akan bantu anda. In Shaa Allah. Sesungguhnya kita hanya berusaha dan berdoa, Allah jua yang menentukan. Amin.





Jika anda berminat nak dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui : No tel : 0194554770 Email : Waniekamis1881@gmail.com Jika anda berminat untuk dapatkan side income melalui Shaklee, jom sertai kami.