Monday, 17 February 2014
Kisah seorang Supermak
pic credit to themomstertales.blogspot.com
Saya self-declared diri saya sebagai Supermak kerana setiap pagi without fail, selepas jadi tarzan untuk kejutkan anak2 dan siapkan segala beg sekolah, bekal dan macam-macam benda lagi, maka lebih kurang jam 6.45 pagi kami pun akan memulakan perjalanan meninggalkan rumah menuju destinasi masing-masing.
Kalau pagi tadi, celik-celik je mata Supermak ini memulakan kerja sebagai seorang chef dan tukang cuci, sekarang tukar topi pakai topi supir pulak. Ketiga-tiga anak saya perlu dihantar ke lokasi yang berbeza..dan perlu melalui kesesakan lalu lintas. Ok..baby drop di taska, check. Now, Angah drop di tadika, check. Lastly, Along..drop di KAFA..yang ni dugaan. Dengan beratur panjang ala-ala nasi kandaq beratoq Pulau Pinang tu nak kuar dari kawasan perumahan, pastu menunggu traffic light lagi..roundabout segala...last2 pukul 7.55 jugak lah baru Supermak ni sampai kat opis.
Phew...how hectic pagi saya bermula. Di pejabat pulak..kalau bernasib baik, sempatlah pegi sarapan. Kalau tak bernasib baik, baru letak bontot je dah bordering-dering telefon minta dijawab. Makan pon tak sempat. Apatah lagi kalau ada pulak kena pegi mesyuarat di pagi hari...
Lepas waktu kerja..terus rush balik ke rumah. takde singgah mana-mana dah. Lepas je solat Asar, moh kita hit the floor...buat le apa2 senaman yang patut. Dancing ke, cycling ke, main badminton ke..jogging ke (yang ni payah..byk budak bujang suka phewitt phewittt...pastu saja je tekan minyak keta kuat2 bila selisih..gugur jantung akak dikkkk).
Lepas tu amik anak...balik rumah..masak diner, kemas-kemas apa yg tak berkemas...kul 10 je..zzzzzzzz... tido...sehingga la en.jam loceng yang setia mengejutkan saya jam 5.00 pagi. Dan bermula lagi rutin seorang Supermak...
Saya yakin, ramai lagi di luar saya yang macam saya...seorang Supermak. Malah ada yang ada lebih ramai anak untuk diuruskan. Korang memang hebat. Ada kawan saya..siap boleh buat kuih muih untuk berjualan..superbbb!!!
Sebab kita hebat dan perlu sentiasa kekal bertenaga (kata Supermak...macam Superman aa...kena ready bila2 je untuk tolong orang..hahaha), kita memerlukan tubuh badan yang sihat. Tubuh badan yang sihat pulak datangnya dari amalan dan gaya kehidupan yang sihat.
Macamana tu?
Kita adalah apa yang kita makan...jadi jaga pemakanan, senaman secukupnya dan berdoalah kepada Allah agar Dia kurniakan kita kesihatan yang baik. Di zaman moden ni, kita banyak terdedah kepada penggunaan bahan perasa, aditif, pewarna dan pelbagai kandungan bahan kimia dalam makanan yang tidak baik untuk badan kita. Malah kaedah masakan juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan kualiti dan zat makanan. Malahan udara yang kita sedut setiap hari juga tidak lagi sebersih udara masa zaman kita kecik-kecik dulu. Betulkan???
Atas kesedaran itulah, saya meyakini Shaklee bagi membantu mengekalkan tahap kesihatan yang baik. Saya sendiri ambil pelbagai jenis vitamin dan suplemen Shaklee bagi membantu menjayakan penyusuan, menjaga berat badan, mengawal kadar kolestrol dan macam-macam lagi.
Alhamdulillah, saya pasti Shaklee telah banyak membantu saya dan ramai lagi di luar sana. Anda juga boleh mencuba. Tak rugi..harga pun murah, berbaloi-baloi.
KALAU KITA TAK JAGA DIRI KITA, SIAPA LAGI???
Love,
Supermak
Jika anda berminat nak dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui : No tel : 0194554770 Email : Waniekamis1881@gmail.com Jika anda berminat untuk dapatkan side income melalui Shaklee, jom sertai kami.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda.